Tuesday, May 3, 2011

RINDUKU TERLERAI..
Akhirnye,syukur Alhamdulillah ku panjatkan untuk MU ILLAHI..sampai jua aku di tanah yang tercinta..disini lah aku dilahirkan,disini lah aku dibesarkan,disini lah aku belajar mengenal semua erti, dan disini lah aku mendapat segala nikmat yang dianugerah..
Ya ALLAH,aku bersyukur padaMu kerana bagi ku peluang untuk berjumpa lagi dengan orang yang tersayang dan tercinta..dan mohon ku agar kasih sayang antara kami tersimpul kuat hingga tudak dapat dibuka..1hb mei 2011,bersamaan jam 9.55a.m aku menjejak kaki ku ke tanah yang gersang ini..aku berjumpa kembali adik-adik yang setia menanti ke pulangan ku yang sekian lama tidak berjumpa..wajah kegembiraan abah jelas terpancar..haha..bahagia nya hidup..
      Malam ke dua ku berada di bumi indah ini,baru ku tahu rupa nya ada masalah yang berlaku antara adik perempuan ku dan abang aku..lucu bila mengenangkan kembali tapi entahlah kenapa mereka boleh berperang dingin hingga tidak bercakap sepatah pun..sedih aku tengok wajah abah bila anak-anaknya bergaduh..aduhai,kenapalah diorang masih macam budak2 ye?? Mulai malam itu,aku nekad mahu abang dan adikku ceria seperti sedia kala..aku tahu mereka bergaduh kerana sayang tapi perluke hingga tidak bertegur??tak kan??
Penat la juga bila fikir masalah2 ini,mujur aku balik awal..ada juga tempat untuk abah luah kan hati dan perasaan yang telah lama terbuku dalam dirinya..aku kah tempat abah dan mumy berkongsi cerita??kalau lah betul,alangkah bahagia nya hidup ini..aku ingin sekali jadi anak yang mengubat luka dihati mumy dan abah..aku ingin sekali menjadi anak yang Berjaya ceria kan hati mumy dan abah..suka nya hati ini,tenang nya hati bila ku lihat senyuman terukir dibibir mereka..
      Mereka pengubat letih,penat dan lelah ku..kepenatan dihati mereka tetap mengalir dalam hati ini..tapi alangkah bahagianya kalau adik2 ku jua merasai perasaan itu kan??Ya ALLAH,sejukkan lah hati adik2ku dan abang aku..jadi kan kami pengubat penat,letih dan lelah abah dan mumy..biarlah kami bersatu dan jangan lah ada perasaan benci dan dendam dalam hati adik2 kami ini..jauhkanlah daripada perkara yang boleh merosakkan agama dan aqidah kami ini...
Kepada MU aku mengadu dan kepada MU jua aku meminta pertolongan..berkatilah kehidupan kami sekeluarga ini..moga kesejahteraan dan kegembiraan tetap dalam keluarga kami ini....
Aku pulang dengan sepenuh harapan dan moga harapan untuk adik dan abangku bersatu kembali menjadi kenyataan suatu hari nanti..doakan ku Berjaya..

No comments:

Post a Comment

^_^


">